Mencari jawapan celah hutan batu
Meredah pegangan jiwa yang bersimpul

Pusat cita-cita
Semua yang bermimpi
Tegak perjuangan
Hakiki yang cuba engkau cari

Neon yang melambai
Trafik yang mengalir
Dosa dan pahala
Begitu mudah menjadi cair

Walaupun punah harapan yang engkau bina
Jangan pernah luput rasa ingin cuba

##
Indah
Hidup yang indah
Di pancaroba
Bandaraya ibukota

Benar
Kata mereka
Semuanya ada
Di bandaraya ibukota

Malam jadi siang
Waktu makin laju
Gelak tawa riang
Rahsia yang cuba kau selindung

Langit yang nan cerah
Pasti datang mendung
Tak perlu khuatir
Tiada siapa yang menghitung

Walaupun punah harapan yang engkau bina
Jangan pernah luput rasa ingin cuba

Ulang ## (2x)

Benar
Kata mereka
Semuanya ada
Di bandaraya ibukota

httpa://www.youtube.com/watch?v=IrM5QXrvqbM