Lirik Lagu Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur – Hujan

Aku datang dari desa hanya sebatang kara
Meninggalkan kampung tercinta dan sanak saudara
Setiba di kota raya ku giat berkerja
Berlumba lumba mengejarkan apa yang dicita

Meskipun badai yang melanda aku terus melangkah
Mengharungi hidup kota dengan sepotong doa
Agar kehidupanku lebih maju bermakna
Cuba membela nasib agama, bangsa negara

Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan cabaran
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan harapan

Si miskin dan si kaya semua tiada dibeza
di kotaraya yang mempunyai berbilang bangsa
Bila larut senja menjelma sungguh indahnya
Oh bertapa aku terharu dan sungguh berbangga

Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan cabaran
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Menyinari hidupku
Kota yang penuh dengan harapan